20090223

Bukan Susah nak jadi Susah..Bukan Senang nak jadi Senang..

Genap setahun dia bekerja di bumi kelahirannya. Demikian juga, sudah tiba masanya dia berhijrah untuk mencari erti kehidupan yang sebenar..yang lebih mencabar. Rezekinya bukan di tempat sendiri. Tapi ditempat orang.

Dia diterima bekerja di salah satu syarikat, jauh dari kampung halaman, jauh dari penglihatan keluarga, jauh dari teman teman dan jauh dari orang tersayang. Namun, dia terpaksa akur dengan jalan yang dia pilih.

Kini, hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk dia mempersiapkan diri dan barangan yang diperlukan. Melihat wajah ibu, abah, kakak, abang dan telatah anak saudaranya yang sangat comel, sedih menyelubungi. Sebak.Tapi itulah pilihannya.

Kadang kadang tampak dirinya seperti kalut, seperti masih tak bersedia atau masih tidak percaya dengan keputusan yang dibuat. Mungkin dia masih belum bersedia tinggal berjauhan dengan keluarganya. Kerja baru ini memerlukan dia meninggalkan ibu dan abahnya.

Mulai sekarang, dia mahu memulakan sesuatu yang baru, membina kehidupan yang sebenar..serta memikirkan masa hadapan. Tanpa sesiapa pun. Dia mahu berdikari, sendiri. Meninggalkan apa yang dia ada sekarang ini amatlah payah..tapi kecekalan hati, sokongan dari keluarga dan rakan rakan membuatkan dia tidak pernah berganjak dengan keputusannya.

Doa dari ibu bapa, mengiringi perjalanan hidupnya..

*dia..tetap di sini..

3 ulasan:

Hajime berkata...

dia...
insan pertama yg kuchenta...
(sile sambung)

poyotito berkata...

gua nak pesan satu je,
apa benda pun yang lu nak buat...

mulakan dengan Bismillah.

heh!

.farah. berkata...

hajime - dia..insan pertama yg bertakhta..cewaahhhh.

poyo - baik boss..tengkiu.